Cikgu Rafi | Kelas Sejarah Belajar Secara Online

FAHAM . MAHIR . SKOR

Teknik Belajar Sejarah SPM Cara Mudah Ringkas Dan Padat

Teknik belajar Sejarah SPM cara mudah, ringkas dan padat (student tips to study history) adalah topik kita pada kali ini. Ramai pelajar yang gagal subjek Sejarah kerana gagal memahami atau tidak mengetahui cara belajar Sejarah SPM yang berkesan. Memang terdapat banyak cara belajar subjek Sejarah SPM last minute yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan ged yang lebih baik untuk subjek ini. Untuk artikel kali ini kita akan cuba membawa anda memahami teknik belajar Sejarah SPM yang berkesan untuk membantu anda.

a. Hargai dan hayati Sejarah

Albert Einstein selalu bercakap mengenai kepentingan ‘ilmu’. Jika kita menghayati dan menghargai ilmu ianya akan menjadi sebati dalam hidup dan minda kita. Kebolehan menghayati dan menghargai sejarah akan lebih memudahkan kita mengingati fakta sejarah.

b. Tanamkan Minat

Pernahkah anda meminati sesorang artis seperti penyanyi atau pelakon terkenal? Tentu sekali anda pernah dan tentu sekali anda ingin dan mencari seberapa banyak mungkin fakta atau informasi mengenai penyanyi/pelakon kesayangan anda tersebut.  Menurut pakar psikology minat kita tentang sesuatu itu akan mendorong kita berkerja mengingati perkara tersebut dengan lebih mudah dan sukar untuk melupai perkara tersebut. Cubalah cari satu watak menarik dan timbukan persoalan-persoalan mengenai watak atau fakta tersebut untuk menarik minat anda untuk terus mendalami pengetahuan mengenai fakta sejarah yang anda baca

Ringkasnya pelajar harus ada STRATEGI – RAJIN MENGHAFAL – BUAT NOTA – BUAT LATIHAN (JAWAP SOALAN) – ULANGKAJI (REPETITIVE).

Pendek kata kedua-dua perkara di atas perlu ada dalam diri anda sebagai pelajar untuk membolehkan anda mempelajari, memahami dan mengingati fakta sejarah. Diharapkan teknik belajar Sejarah SPM yang berkesan di atas dapat membantu anda mengharungi peperiksaan untuk subjek ini kelak.

Semoga perkongsian mengenai teknik belajar Sejarah SPM ini bermanfaat kepada anda.

Kongsikan
Facebook
Email
Scroll to Top